Posts (page 2)
Seriously..What the fish?!! (quote rakan)..arh.. gi mati diorg dengan sasaran RM3 juta - RM4 juta diorg.. serius takkan dapatnye..
okeyh..nak dijadikan cite..smlm aku tgk SUSUK..haha..gile tak.. THE DARK KNIGHT pon aku tak tgk lagi.. program tgk wayang ni sempena kehadiran seorg rakan skolah lame yg susah payah datang dari jauh dan berhajat tgk cerita tersebut.. so demi meraikan tetamu, kami dengan berbesar hati nya bersetuju..
ok..i'm not blaming her.. sape tak teruja tgk trailernya yang bagai nak rak.. yang patut dipersalahkan ialah filem melayu tu.. hadoi.. kamon la.. tatau nak puji part mana.. sebab takde..
jeritan dalam filem tu bukannye menyeramkan.. tetapi membingitkan telinga.. dan sgt annoying..
camerawork yang menambahkan kepeningan kepala..
cerita yang menyakitkan tulang belakang aku dan memakse aku bergulung di atas kerusi (sila gunakan imaginasi anda).. aku tatau apsal..
jalan cerita yang mengelirukan.. dan sangat tak munasabah.. ok..ini spoiler.. sile highlight kalau nak tau:
soraya (linda rafar) masih nak pki susuk walaupun dah lawa.. atleast make up la muke die kasi nampak suram sket ke.. logik la sket..
then susuk keramat ni cam menggabungkan 2 badan.. dlm cite ni soraya gabung ngan suzana (ida nerina).. hati masih soraya..badan ida nerina..what the fish?!! (quote rakan).. nape tak terbalik.. tp kalau terbalik lagi tak munasabah berdasarkan citenye.. papepon..dedue tak munasabah..
n...fuyyoh.. aleeza kassim pki bikini.. gile daring..
aku juge buat gundalan brp orang yg kuar time film ni.. ade la dlm 8 orang yg aku seda.. tu pon yang lalu pintu dekat ngn seat aku..blum kire yang tertidur mahupun yang ikut pintu kuar lain.. so kesimpulannye jgn la tgk cite ni.. cuz u'll be wasting ur precious 110 minutes n rm9.. papehal sabtu ni aku nak tgk DARK KNIGHT..
SU.SUK = SO.SUCK
lily telah mengetag aku suatu kala dulu.. setelah projek lukis melukis belum selesai, aku mendecide untuk membuat tag ini sempena mengosongkan otak..huhu..
7 RANDOM FACTS ABOUT ME:
- mempunyai laptop yang pernah jatuh dari katil.
- mempunyai laptop yang berbunyi sangat kuat.
- mempunyai laptop yang boleh tengok 3 atau 4 video youtube sahaja at max.
- mempunyai laptop yang tidak boleh bermain game lagi.
- mempunyai laptop yang mempunyai kesan "deformation" akibat kepanasan yang amat kerana kipas x jalan.
- mempunyai laptop yang mempunyai desktop yang penuh denga icon.
- mempunyai laptop yang USB nye dah takleh pki.
Ok..sbenanye tgh marah ngan laptop.haha
7 THINGS THAT SCARE ME:
- tempat tinggi yang leh nampak bawahnye. ye..aku gayat..haha
- tetibe ade bende yang mengusik kepale (wlupon tuala yang tersidai).. ye..aku akan merefleks dgn menundukkan kepala secepat mungkin dan berdebar-debar. ini trauma..
- tgk org eksiden..
- takut fail exam then kne tendang blk mesia pastu kne baya utang sepanjang hayat..
- tersepak anjing pastu kne kejar..
- tetibe ade orang jual karipap kat tgkp tingkat 2..(crite matrix n9..hehe)
- mati.
7 RANDOM MUSIC AT THE MOMENT:
- talian hayat pls.. takde music kuar kat otak.. yg kuar cume lukisan2 yang perlu disiapkan..tlg~
7 THINGS I SAY THE MOST:
- tuh ah
- ha'a
- ye la tu
- hadoiii
- agak laaa
- ye kot
- ntah
7 THINGS I TREASURE THE MOST:
- ahli2 kluarga..
- seorg rakan baik..
- laptop aku..walaupon nazak..aku tak tergamak nak campak lua tingkap..
- alat2 entertainment aku..
- tupai bernama alvin..tp skrg dah masuk ke hutan..smoge jumpe lagi bulan 7 nnt.ekeke
- 'cai' (teh dlm bahse melayu) dan 'lahmacun' buatan mama kebab..err..treasure lam prut..kire la tu kan..
- gamba2 kenangan kamera analog..lebih lama lebih mempunyai nilai estetika..
7 “FIRST TIME” THINGS I EVER DID:
err..sume bende ade 1st time..merangkak, berjalan und so weiter.. actually mase untuk melukis kembali dah smpi..heehe..
7 PEOPLE TO DO THIS:
orang2 yang aku bgtau psal blog ni pon tak smpi 5 org..dan aku yakin sume dah kne tag..hehe..
hurrah..siap!
balik mesia?
takyah balik?
balik mesia?
takyah balik?
arh..
konfius..
kalau balik..
tiket mahal gile..tp tak kesah kot..
tapi plg tak bes tak sempat raye..
takde bende nak buat..
tapi dpt relax2..
tapi takut kebosanan..
tapi takyah masak..
tapi akan slalu tido je kat rumah..
kalau tak balik..
kne dok sorang2 kat rumah..
tapi tak kesah kot..
tapi kawan2 ramai balik..
tapi leh gak keje..
tapi kne masak stiap ari selame hampir 3 bulan..tuh yg plg mls..
tapi kedai kebab kan ade..mama kebab dah kembali ape..
tapi abis la duet stiap ari mkn sane..
tapi kalau keje leh compensate..
tapi muak la stiap ari mkn luar..
arh..
dulikkan..lambat lagi..
err..nape aku berMONOBLOG nih..
sbb takde org nak borak?
eh mcm familiar reason sebegitu..mane ye dibace..ekeke..
arh..suda merepek..huhuhu
arh..bosan!
mari ke kebab utk berborak!
a.k.a spring.. ya.. sekarang musim bunga.. aku ingin bermain di bawah pohon sakura
err..mungkin aku patut lupakan saja..
mungkin bumi sudah lari 1 musim agaknya..oh ya.. yang dalam bulatan itu rumah aku..diambil menerusi tingkap U aku..
daripada mengharapkan pohon sakura mengeluarkan bunganya..lebih baik aku membuat snowman di belakang rumah.. hoyeah.. aku gemar akan winter..
Berapa kali ya kena jahit dengan doktor?
satu, dua, tiga, empat, lima..
ohho..lima kali dah..
4 di muka (3 dahi 1 dagu).. salah satu parut berkesan jelas sehingga sekarang..tgh2 dahi lak tu..cam Ten Shin Han tapi mata ke-3 tertutup..
1 lagi di jari..
bila ingat-ingat balik, sume nye disebabkan lain2 orang..
Jahitan 1
abang buat.. tengah main kejar2 dalam rumah.. aku yang berbadan kacil menyelinap masuk ke dalam sliding door.. pastu bile nak kuar.. abang tutup sliding door.. so dahi (belah kiri rasanya) terkena cangkuk lock sliding door.. huuuu..
Jahitan 2
kakak buat.. kakak ajak lumba kat lam rumah kampung.. "Siapa sampai bawah dulu dia menang," kata kakakku. Ketika itu, waktu minum petang.. Lari punya lari, sedar2 tiang dah depan mata.. ruang tu gelap lagi pon..
Oleh kerana panik, aku tutup mata dan membiarkan dahi ku menanduk tiang seri.. Ajaibnye, lokasi luka agak simetri di tengah2 dahi.. Darah memancut bagaikan ultraman menggunakan pancaran cahaya dahinya..
Mak panik dan menangis.. Pastu abah marah mak sebab tak tekap dahi yang tgh meleleh-leleh lagi darah.. n sampai sekarang parut dia tak hilang.. huhu.. kakak la ni.. haha..
Jahitan 3
aku buat.. time tu mak tgh beli sayur.. aku maen basikal.. tah nape.. aku saje lepaskan dedue blah kaki ketika basikal tak bergerak.. lalu jatuh tertangkup menimpa jalan tar..
dan berdarah lagi dahi ku (blah kanan lak).. mak panik lagi.. lalu menampar aku.. huhu.. kurang rasional.. tapi aku paham.. salah aku gak.. gi lepas kaki apsal.. tapi mak kene marah ngan jiran depan rumah bernama Anti Jah.. huhu..
Jahitan 4
abah buat.. time tu abah balik dari keje.. aku lompat2 sebab abah balik (budak kecik katekan).. lalu tertangkup di tangga.. kali ni dagu pula kne jahit.. hehhe..saje je salahkan abah lak..
n aku masih igt Doktor Ariffin (doc yang tolong jahitkan) ckp.. "Lepas ni kne ikat tangan ngan kaki ni.. asyik kne jahit je."
haha..mane tak nye..pagi tu baru bukak jahit kat dahi sbb jatuh beskal.. dah kne jahit kat dagu lak..huhu
Jahitan 5
kawan buat.. yang ni berlaku time aku praktikal kat GMI 2 taun lepas.. mase tu tgh operate machine Turning.. time nak ketatkan workpiece, kawan terON machine.. maka berputarlah bahagian yang aku nak ketatkan.. bersama alat pengetat (bernama chuck key) yang aku tgh pegang..
alhamdulillah.. chuck key tu yang patah.. nasib baik aku pegang kuat2.. kalau tak mungkin tulang aku yang hancur akibat tersepit.. nasib hanya luke yang dalam di jari hantu.. terpaksa dijahit lagi.. huhu..
begitulah kisah2 jahitan..Jahitan 1 - 4 sume time aku tadika n darjah 1.. liar juga aku nih time kecik2.. byk kali bergegar kepale otak...huhuhu
Jika anda berasa sesuatu yang fishy berlaku, sila ambil berat tentang perasaan fishy anda.
Tadi, aku dapat email dari service@paypal.com. *Selalunya paypal.de.. mane aku tak rasa plik..
Mail ini baru saja aku dapat tadi. Yang peliknya, ia tak masuk dalam junk/spam.
Dear mailaku(censored)@yahoo.com,
As part of our security measures, we regularly screen activity in the
PayPal system. During a recent screening, we noticed an issue
regarding your account.Case ID Number: PP-401-126-812
For your protection, we have limited access to your account until
additional security measures can be completed. We apologize for any
inconvenience this may cause.To review your account and some or all of the information that PayPal
used to make its decision to limit your account access.Please update your billing records: (dah dicensoredkan)
http://censored demi keselamatan/.us/cgi-bin/index.phpIf, after reviewing your account information, you
seek further clarification regarding your account access, please
contact PayPal by visiting the Help Center and clicking "Contact Us".We thank you for your prompt attention to this matter. Please
understand that this is a security measure intended to help protect
you and your account. We apologize for any inconvenience.Sincerely,
PayPal Account Review Department----------------------------------------------------------------
Copyright © 1999-2008 PayPal Inc. All rights reserved. Designated
trademarks and brands are the property of their respective owners.PayPal Email ID PP619
Laman web yang terpapar memang sebijik seperti www.paypal.com
Habislah siapa key-in Username and Password.
So apabila anda mendapat email yang pelik.. tapi dari sender yang anda kenal.. cek dahulu header nye dengan mengview "Full Header".. Tidak semestinya ia dari orang yang dikenali..
Ini bukan kerana Melayu mudah lupa..tapi tabiat yang terbawa-bawa yang aku tersedar apabila pulang ke malaysia baru-baru ini..
- Menegur orang dengan "Hallo" (disebut secara baku), walaupun kepada mereka yang bukan orang jerman (terutamanya pekedai2).
- Menyebut "kaybab" bukan kebab.
- Menyebut "Ach so" / "Asoo" menggantikan "ooo" @ "i see".
- Menyebut "Scheiße" menggantikan perkataan carut yg lain.
- Menyebut "Ja" (disebut "Ya") menggantikan "Ye" @ "Ha'ah".
- Membeli nutella sebagai santapan dengan roti ketika sarapan.
- Menyumpah seranah KTM komuter yang
terlewat..padahal dulu dah biase. - Menyebut Bay M Way.
- Bunyi "H" mula hilang dari teh (e.g "tay").
- Mula memberitahu masa dengan tepat tanpa membundarkannya. (sbb kat sini every minutes count)
- Menyumpah seranah kedai2 baju atau lain2 tanpa lapik kerana terbiasa menyumpah seranah kedai2 di Jerman dengan Bahasa Melayu.
- Cuba streaming bola, movie, dan sebagainya menggunakan streamyx (sebelum ini tidak terfikir) dan kemudiannya kecewa kerana terlalu lembab.
- Mendownload Games di torrent di malam hari dan bangun pagi dengan mata bersinar-sinar kerana menyangkakan download telah selesai.
- Berfikir sejenak sebelum membuang sampah walaupun di Malaysia memang tidak perlu diasingkan.
aku suka duduk kat german.. sebab boleh main mercun.. haha.. sehari dalam setahun.. mestilah tak nak lepas kan peluang.. kat malaysia nak main pon kne sorok2.. oleh sebab sangat bersemangat.. pukul 8 malam lagi aku dah bertolak ke rumah senior.. tapi niat sebenar adalah untuk makan dinner free.. sudah lebih seminggu duduk sorang2.. n masak sorang2.. sekali sekala.. dapat la gak makan free.. 11 malam keluar dari rumah tumpangan untuk bermain mercun.. sejuk juga malam itu.. lebih kurang -6 darjah.. tapi kerana semangat yang berkobar-kobar untuk membakar mercun, -6 bukanlah halangan.. 100 euro telah dihabiskan untuk pelbagai jenis mercun.. nasib baik berkongsi 10 orang.. tepat pukul 12am, kampung kediaman aku (tempat aku memang kampung, ok!) terang benderang dengan mercun.. tetapi kami sejak awal2 lagi telah melancarkan roket ke udara.. yang paling sukar ialah untuk menyalakan api.. kerana tangan sudah pun kebas menahan kesejukan salji.. upacara pemujaan api juga telah dilakukan..
sudah tentu ini bukan serius..bimbang pula menjadi isu akhbar Harian Metro.. "Pelajar2 Malaysia di Jerman syirik kerana sembah bunga api".. dunia kewartawanan sekarang bukan boleh percaya..haha..
oh..bunga api yang dimain bukan sekadar itu sahaja..cuma gambar2 di langit tidak diambil..haha..menjadi antara yang awal bermain, kami juga menjadi antara yang terakhir menghabiskan bunga api.. pukul 1.30 pagi baru aku sampai ke rumah.. dengan tangan dan pakaian berbau belerang.. memang sangat menggembirakan..
Ini blog aku yang ketiga..
blog pertama di frenster.. yang aku buat kerana suka suka
blog kedua di blogspot.. dengan alamat 2sensaya.blogspot.com
aku reka kerana aku boring.. dan terinspire dengan blog2 orang lain..
pastu aku tutup..
pastu aku bukak balik blog..tah apsal tah..dah tutup, tutup je la..ekeke..
soo..here i am..