Lepas tengok gambar si comot di sini dan sini.. aku pon rase nak pos 1 gamba comot.
gamba ni dapat dari emi.. versi tak berkaler beserta nama sekiranya anda tak knal..boleh dapat di sini.
eh eman..kat baju ko ade kesan milo!
err..aku dok seblah cikgu.. aku ketua klas ke? haha..btul2 tak igt..
panas sungguh..trus aku tutup mata..
Sedang2 melayari internet.. tetibe termasuk web nih..
Dial-Up Kid
Teringat pula zaman dial-up..
Menutup CPU dengan bantal supaya bunyi tidak didengari ibu bapa yang sedang tidur..
Dahulu 52KBps sudah memadai..
download mp3 mengambil masa 10 minit.. tunggu dengan mata bersinar-sinar dan penuh sabar..
pastu burn sume lagu dalam CD.. jual kepada rakan2 di sekolah.. format CD Audio sahaja..huhuhu..
Sebab kalau mp3 bleh letak banyak2.. tak balik modal kalau jual..
Kalau cuti sekolah, pasti bil internet melambung..
pantang ada masa lapang.. dan waktu malam..
ambil bantal..tutup CPU.. klik dial..
*tenoot tenoot neett..teeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeettttttt toooooottt teeeyytt tooott tot tot* (ending lagu dial-up)
*cantek! mak tak bangun!!!*
klik icon RO @ Ragnarok Online..
jumpe rakan2..pukul2 monster..sembang2..
dekat2 nak subuh.. baru stop.. takut mak abah bangun..
pastu bile bil pon sampai kat rumah..
hamik kau..rm400.. 2 bulan turut2 lak tu..huhu..
then aku berkata kepada abah..
"bah, kalau pakai streamyx rm66 je sbulan bah." kata aku cuba memancing.
"Ish, nanti balik asrama, siapa nak pakai?" abah aku mengcounter.
"alaa..bulan 11 ngn 12 bil internet mesti atleast total rm700..klu pki streamyx 10 bulan baru rm660," aku membalas menggunakan matematik moden..
"pastu leh surf ngan download banyak2 lak tu," aku meracun lagi
abah aku nampak kerasionalan aku..lalu bermulalah streamyx di rumah..hoyeah..
Selamat tinggal dial-up.. bunyi kamu sangat dirindui.. terima kasih kepada web itu kerana mengingatkan aku kepada masa lampau..
oh ya..screamyx cam bermasalah je skrg..slow betul!!!..huhu
(dulu tak pnah pon kesah slow ke tak kan? hehe)