Maal hijrah khususnya.
Berada di luar negara menyebabkan aku semakin lalai dengan tarikh2 penting dalam Islam.
2 tahun lepas lalai dengan kesibukan menyesuaikan diri di negara orang..
Tahun lepas lalai dengan kesibukan projek dan exam..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Israel semakin haram jadah..
Bom sana sini.. Bunuh sana sini..
Lebih 280 orang palestin terbunuh dalam 24 jam..
Hampir 500 cedera..
Apa US kata? Hamas kena berhenti serang roket!
Huh..dasar sekutu Yahudi..menyalahkan orang lain pula..
Sedang kita menyambut tahun baru..
Rakyat Palestin menangis..
Ya Allah..Lindungilah bumi Palestin..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dan aku pula berkemungkinan akan berseronok bermain bungapi 1hb Januari nanti..
Kelihatan hipokrit bukan?
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apa yang berubah setahun ini?
Aku masih seperti dahulu..
Gagal menjadi hamba yang taat sepenuhnya..
Semoga tahun depan lebih baik..amiin
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
had dilepasi..
jiwa memberontak..
mulut membisu..
emosi terganggu..
bunyi-bunyian yang pelbagai..
menembusi telinga..
otak bercelaru..
fikiran terganggu..
ingin belajar..
ingin menyiapkan projek..
ingin menyanyi..
keinginan terganggu..
stress menguasai..
kepenatan terasa..
jantung berdegup kencang..
kerja seharian terganggu..
malam sudah larut..
bunyi semakin mengarut..
diri terus berguling..
tidur terganggu..
sebulan berlalu..
sebulan lagi menunggu..
tolong..
aku tak mahu terganggu...
invitasi ke situ
ade org silap org kat situ (hehe)
mengenali di situ
dikenali di situ
tidur tak lena kerana itu
ponteng klas kerana itu
masak ayam golek sambil itu
makan nasi sambil itu
makan kitkat dan joghurt jua sambil itu
berborak siang mlm di situ
bergosip di situ
bercerita kisah lama di situ
bgn2 pagi terus itu
tertypo disitu
mengutuk org typo di situ
melepaskan tensi duniawi di situ
bes nya itu
sekarang kesibukan mengatasi itu
mungkin bebila boleh kembali ke situ?
tanpa itu mungkin tiada bernasi lemak?
tanpa itu mungkin tiada di dlimau?
tanpa itu mungkin tiada bbq di rmh azman?
tanpa itu mungkin tiada di bbb tomyam?
tanpa itu mungkin tiada berkerangbakar?
tanpa itu mungkin banyak perkara tidak berlaku?
itu lah konferens
terima kasih emi, lily dan kainz kerana mewujudkan konferens di YM
tak sangka sudah setahun sejak itu
sungguh cepat masa berlalu
priceless..
mlsnye mahu pulanggg..
time kaseh kepade mereka yg memeriahkan cuti
was digging my mp3 folder (huge library of mp3s).. n found a song that i used to love..
an old song.. originally sang by king harvest in 1973.. the video above is one of a few versions of "dancing in the moonlight" ; sang by toploader.. do search for their video on youtube since it can't be embedded.
let's hear the original song..
good feelings are flowing into u, aren't they?
or mayb it's juz me..lol
Seriously..What the fish?!! (quote rakan)..arh.. gi mati diorg dengan sasaran RM3 juta - RM4 juta diorg.. serius takkan dapatnye..
okeyh..nak dijadikan cite..smlm aku tgk SUSUK..haha..gile tak.. THE DARK KNIGHT pon aku tak tgk lagi.. program tgk wayang ni sempena kehadiran seorg rakan skolah lame yg susah payah datang dari jauh dan berhajat tgk cerita tersebut.. so demi meraikan tetamu, kami dengan berbesar hati nya bersetuju..
ok..i'm not blaming her.. sape tak teruja tgk trailernya yang bagai nak rak.. yang patut dipersalahkan ialah filem melayu tu.. hadoi.. kamon la.. tatau nak puji part mana.. sebab takde..
jeritan dalam filem tu bukannye menyeramkan.. tetapi membingitkan telinga.. dan sgt annoying..
camerawork yang menambahkan kepeningan kepala..
cerita yang menyakitkan tulang belakang aku dan memakse aku bergulung di atas kerusi (sila gunakan imaginasi anda).. aku tatau apsal..
jalan cerita yang mengelirukan.. dan sangat tak munasabah.. ok..ini spoiler.. sile highlight kalau nak tau:
soraya (linda rafar) masih nak pki susuk walaupun dah lawa.. atleast make up la muke die kasi nampak suram sket ke.. logik la sket..
then susuk keramat ni cam menggabungkan 2 badan.. dlm cite ni soraya gabung ngan suzana (ida nerina).. hati masih soraya..badan ida nerina..what the fish?!! (quote rakan).. nape tak terbalik.. tp kalau terbalik lagi tak munasabah berdasarkan citenye.. papepon..dedue tak munasabah..
n...fuyyoh.. aleeza kassim pki bikini.. gile daring..
aku juge buat gundalan brp orang yg kuar time film ni.. ade la dlm 8 orang yg aku seda.. tu pon yang lalu pintu dekat ngn seat aku..blum kire yang tertidur mahupun yang ikut pintu kuar lain.. so kesimpulannye jgn la tgk cite ni.. cuz u'll be wasting ur precious 110 minutes n rm9.. papehal sabtu ni aku nak tgk DARK KNIGHT..
SU.SUK = SO.SUCK
lily telah mengetag aku suatu kala dulu.. setelah projek lukis melukis belum selesai, aku mendecide untuk membuat tag ini sempena mengosongkan otak..huhu..
7 RANDOM FACTS ABOUT ME:
- mempunyai laptop yang pernah jatuh dari katil.
- mempunyai laptop yang berbunyi sangat kuat.
- mempunyai laptop yang boleh tengok 3 atau 4 video youtube sahaja at max.
- mempunyai laptop yang tidak boleh bermain game lagi.
- mempunyai laptop yang mempunyai kesan "deformation" akibat kepanasan yang amat kerana kipas x jalan.
- mempunyai laptop yang mempunyai desktop yang penuh denga icon.
- mempunyai laptop yang USB nye dah takleh pki.
Ok..sbenanye tgh marah ngan laptop.haha
7 THINGS THAT SCARE ME:
- tempat tinggi yang leh nampak bawahnye. ye..aku gayat..haha
- tetibe ade bende yang mengusik kepale (wlupon tuala yang tersidai).. ye..aku akan merefleks dgn menundukkan kepala secepat mungkin dan berdebar-debar. ini trauma..
- tgk org eksiden..
- takut fail exam then kne tendang blk mesia pastu kne baya utang sepanjang hayat..
- tersepak anjing pastu kne kejar..
- tetibe ade orang jual karipap kat tgkp tingkat 2..(crite matrix n9..hehe)
- mati.
7 RANDOM MUSIC AT THE MOMENT:
- talian hayat pls.. takde music kuar kat otak.. yg kuar cume lukisan2 yang perlu disiapkan..tlg~
7 THINGS I SAY THE MOST:
- tuh ah
- ha'a
- ye la tu
- hadoiii
- agak laaa
- ye kot
- ntah
7 THINGS I TREASURE THE MOST:
- ahli2 kluarga..
- seorg rakan baik..
- laptop aku..walaupon nazak..aku tak tergamak nak campak lua tingkap..
- alat2 entertainment aku..
- tupai bernama alvin..tp skrg dah masuk ke hutan..smoge jumpe lagi bulan 7 nnt.ekeke
- 'cai' (teh dlm bahse melayu) dan 'lahmacun' buatan mama kebab..err..treasure lam prut..kire la tu kan..
- gamba2 kenangan kamera analog..lebih lama lebih mempunyai nilai estetika..
7 “FIRST TIME” THINGS I EVER DID:
err..sume bende ade 1st time..merangkak, berjalan und so weiter.. actually mase untuk melukis kembali dah smpi..heehe..
7 PEOPLE TO DO THIS:
orang2 yang aku bgtau psal blog ni pon tak smpi 5 org..dan aku yakin sume dah kne tag..hehe..
hurrah..siap!
balik mesia?
takyah balik?
balik mesia?
takyah balik?
arh..
konfius..
kalau balik..
tiket mahal gile..tp tak kesah kot..
tapi plg tak bes tak sempat raye..
takde bende nak buat..
tapi dpt relax2..
tapi takut kebosanan..
tapi takyah masak..
tapi akan slalu tido je kat rumah..
kalau tak balik..
kne dok sorang2 kat rumah..
tapi tak kesah kot..
tapi kawan2 ramai balik..
tapi leh gak keje..
tapi kne masak stiap ari selame hampir 3 bulan..tuh yg plg mls..
tapi kedai kebab kan ade..mama kebab dah kembali ape..
tapi abis la duet stiap ari mkn sane..
tapi kalau keje leh compensate..
tapi muak la stiap ari mkn luar..
arh..
dulikkan..lambat lagi..
err..nape aku berMONOBLOG nih..
sbb takde org nak borak?
eh mcm familiar reason sebegitu..mane ye dibace..ekeke..
arh..suda merepek..huhuhu
arh..bosan!
mari ke kebab utk berborak!
a.k.a spring.. ya.. sekarang musim bunga.. aku ingin bermain di bawah pohon sakura
err..mungkin aku patut lupakan saja..
mungkin bumi sudah lari 1 musim agaknya..oh ya.. yang dalam bulatan itu rumah aku..diambil menerusi tingkap U aku..
daripada mengharapkan pohon sakura mengeluarkan bunganya..lebih baik aku membuat snowman di belakang rumah.. hoyeah.. aku gemar akan winter..
Berapa kali ya kena jahit dengan doktor?
satu, dua, tiga, empat, lima..
ohho..lima kali dah..
4 di muka (3 dahi 1 dagu).. salah satu parut berkesan jelas sehingga sekarang..tgh2 dahi lak tu..cam Ten Shin Han tapi mata ke-3 tertutup..
1 lagi di jari..
bila ingat-ingat balik, sume nye disebabkan lain2 orang..
Jahitan 1
abang buat.. tengah main kejar2 dalam rumah.. aku yang berbadan kacil menyelinap masuk ke dalam sliding door.. pastu bile nak kuar.. abang tutup sliding door.. so dahi (belah kiri rasanya) terkena cangkuk lock sliding door.. huuuu..
Jahitan 2
kakak buat.. kakak ajak lumba kat lam rumah kampung.. "Siapa sampai bawah dulu dia menang," kata kakakku. Ketika itu, waktu minum petang.. Lari punya lari, sedar2 tiang dah depan mata.. ruang tu gelap lagi pon..
Oleh kerana panik, aku tutup mata dan membiarkan dahi ku menanduk tiang seri.. Ajaibnye, lokasi luka agak simetri di tengah2 dahi.. Darah memancut bagaikan ultraman menggunakan pancaran cahaya dahinya..
Mak panik dan menangis.. Pastu abah marah mak sebab tak tekap dahi yang tgh meleleh-leleh lagi darah.. n sampai sekarang parut dia tak hilang.. huhu.. kakak la ni.. haha..
Jahitan 3
aku buat.. time tu mak tgh beli sayur.. aku maen basikal.. tah nape.. aku saje lepaskan dedue blah kaki ketika basikal tak bergerak.. lalu jatuh tertangkup menimpa jalan tar..
dan berdarah lagi dahi ku (blah kanan lak).. mak panik lagi.. lalu menampar aku.. huhu.. kurang rasional.. tapi aku paham.. salah aku gak.. gi lepas kaki apsal.. tapi mak kene marah ngan jiran depan rumah bernama Anti Jah.. huhu..
Jahitan 4
abah buat.. time tu abah balik dari keje.. aku lompat2 sebab abah balik (budak kecik katekan).. lalu tertangkup di tangga.. kali ni dagu pula kne jahit.. hehhe..saje je salahkan abah lak..
n aku masih igt Doktor Ariffin (doc yang tolong jahitkan) ckp.. "Lepas ni kne ikat tangan ngan kaki ni.. asyik kne jahit je."
haha..mane tak nye..pagi tu baru bukak jahit kat dahi sbb jatuh beskal.. dah kne jahit kat dagu lak..huhu
Jahitan 5
kawan buat.. yang ni berlaku time aku praktikal kat GMI 2 taun lepas.. mase tu tgh operate machine Turning.. time nak ketatkan workpiece, kawan terON machine.. maka berputarlah bahagian yang aku nak ketatkan.. bersama alat pengetat (bernama chuck key) yang aku tgh pegang..
alhamdulillah.. chuck key tu yang patah.. nasib baik aku pegang kuat2.. kalau tak mungkin tulang aku yang hancur akibat tersepit.. nasib hanya luke yang dalam di jari hantu.. terpaksa dijahit lagi.. huhu..
begitulah kisah2 jahitan..Jahitan 1 - 4 sume time aku tadika n darjah 1.. liar juga aku nih time kecik2.. byk kali bergegar kepale otak...huhuhu